Kelab ini ditubuhkan sebagai salah satu medium untuk menyebarkan kebaikan susu ibu serta membantu staf serta ibu-ibu untuk menyusukan anak selama 2 tahun.
Ya memang benar penyusuan SUSU IBU ini merupakan fitrah semula jadi setiap wanita yang melahirkan tetapi didunia moden yang serba mencabar dan penuh dugaan, kekuatan dalaman serta tekad seorang ibu berserta sokongan padu daripada keluarga dan masyarakat setempat memainkan peranan yang penting dalam memastikan penyusuan susu ibu ini berjaya.
InsyaAllah dengan adanya Kelab ini dan dengan adanya blog ini, lebih mudah bagi kami ingin menyampaikan maklumat serta info-info terbaru mengenai dunia penyusuan susu ibu.
Sebarang pertanyaan mengenai penyusuan Susu Ibu boleh hubungi kami di htarbreastfeeding@gmail.com

No comments:
Post a Comment