Monday, 18 August 2014

Pengenalan dan Pembukaan blog rasmi kumpulan sokongan penyusuan SUSU IBU HTAR

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang membaca. Alhamdulillah dengan izin dan rahmat Allah SWT kami telah berjaya menubuhkan satu kumpulan sokongan penyusuan SUSU IBU untuk staf dan pesakit HTAR. Kelab ini disertai oleh staf yang menjaga atau menyusu anak serta semua ibu-ibu yang bersalin di HTAR.



Kelab ini ditubuhkan sebagai salah satu medium untuk menyebarkan kebaikan susu ibu serta membantu staf serta ibu-ibu untuk menyusukan anak selama 2 tahun.


Ya memang benar penyusuan SUSU IBU ini merupakan fitrah semula jadi setiap wanita yang melahirkan tetapi didunia moden yang serba mencabar dan penuh dugaan, kekuatan dalaman serta tekad seorang ibu berserta sokongan padu daripada keluarga dan masyarakat setempat memainkan peranan yang penting dalam memastikan penyusuan susu ibu ini berjaya.



InsyaAllah dengan adanya Kelab ini dan dengan adanya blog ini, lebih mudah bagi kami ingin menyampaikan maklumat serta info-info terbaru mengenai dunia penyusuan susu ibu.

Sebarang pertanyaan mengenai penyusuan Susu Ibu boleh hubungi kami di htarbreastfeeding@gmail.com